Sepertimana post kami sebelum ini mengenai cara bagaimana untuk masuk ke mod recovery bagi melakukan pengesetan semula data kilang, disini kami ingin menunjukkan satu lagi cara untuk tujuan yang sama. Kali ini caranya sedikit berbeza kerana kita tidak akan ke mod recovery tetapi lebih kepada Test Menu. Berikut adalah caranya: Langkah 1: Matikan tablet anda. Langkah 2: Tekan Volume- bersama Power Button serentak sehingga anda masuk ke Test Menu seperti contoh dibawah. P/S: Test Menu menyokong sentuhan. Langkah 3: Didalam Test Menu, semua perkara ditulis dalam bahasa cina menyebabkan kesukaran bagi kami untuk faham. Tetapi kami akan cuba membantu anda. Tekan bar sebelah kanan di bahagian atas sekali[ nombor 2]. Klik pada gambar jika kurang jelas. Langkah 4: Setelah bar nombor 2 ditekan, anda akan masuk pula kepada menu seperti dibawah. Kemudian tekan bar di sebelah kanan di bawah bar imei[untuk memadam data didalam tablet]. Seterusnya te...